Monday, October 23, 2017

PAJSK OH PAJSK


Demam  PAJSK datang lagi.
Untuk yang baru dan yang lama (kalau dah lupa) kerja setahun sekali ni kadang-kadang lupa gak.

Link: https://pajsk.moe.gov.my/index.php

ID KOD SEKOLAH : MEA0095
KATA LALUAN : HADIJA
Sistem tak berapa nak mesra alam ye anak-anak, kena klik satu persatu, mula-mula isi kelab/persatuan dulu (nak isi part lain dulu pun boleh jugak tapi sistematik la kan, ikut urutan)
Selepas tu pilih tingkatan
Keluar senarai nama, semua 'X' kan....kerjakanlah sampai jadi '/' ...hiks. Ambik contoh satu nama, Sara Sofea ....maaf ye guru tingkatan (Zek) pinjam satu nak buat contoh.
Pilih KELAB yang disertainya dan JAWATAN. (Rujuk  lampiran dalam fail, ada senarai penuh pelajar beserta kelab/uniform/sukan permainan yang disertai).  Sofea ni pengerusi kelab jadi markahnya 10. Bayangkan kalau kita tak peka dengan apa jawatan yang dipegang oleh pelajar, hilang markah. Perhatian: Untuk bahagian ini kalau cikgu terlupa isi, markah tak akan dapat dilihat dibahagian laporan jadi tick sekurang-kurangnya ahli biasa.
Seterusnya isikan PERINGKAT pencapaian, kalau setakat peringkat sekolah tak isi pun tak apa sebab tiada markah. Tetapi diruang seterusnya iaitu TAHAP PENCAPAIAN kena isi peringkat sekolah, contohnya kejayaan pelajar dalam pertandingan semasa hari sukan sekolah/merentas desa (Untuk 2 bahagian ini cikgu kena peka/kenal dan tanya pelajar supaya tidak tertinggal apa-apa maklumat)
Bahagian KOMITMEN pula pilih 4 sahaja, pastikan pelajar dapat 8 markah. Jika pilih kepimpinan dan mengurus aktiviti dapat 10 markah. 
Bahagian terakhir KHIDMAT SUMBANGAN, pilih mana yang berkaitan berdasarkan pengetahuan/pemerhatian cikgu kepada pelajar berkenaan. Boleh juga tanya guru penasihat tapi larat ke?
Isi jumlah kehadiran (rujuk lampiran dalam fail)dan simpan.

Keseluruhannya ini item yang cikgu kena isi.
Perhatian : Bahagian PERINGKAT, ada Penglibatan 1, Penglibatan 2, Penglibatan 3 maksudnya pelajar terlibat dengan aktiviti lebih dari sekali, contohnya Sofea pernah masuk pertandingan Dr Muda peringkat zon dua kali jadi catatlah pada Penglibatan 1 kerana markah lebih tinggi di situ. 
Untuk SUKAN & PERMAINAN, itemnya sama seperti KELAB/PERSATUAN. 
Teruskan usaha. 
Ni contoh bahagian SUKAN &PERMAINAN
Seterusnya untuk unit UNIFORM
Untuk Unit Beruniform, perbezaannya dari segi item yang hendak diisi adalah pada bahagian JAWATAN dan KHIDMAT SUMBANGAN. Jawatan pula berbeza-beza mengikut unit uniform, contohnya Puteri Islam pengerusinya dipanggil Ketua Puteri, Pandu Puteri pengerusinya dipanggil Ketua Pasukan, Bomba pengerusinya dipanggil Ketua Kadet Kanan, kalau Silat lagilah macam-macam, tali pingganglah, bengkunglah, pandai-pandailah cikgu adjust, markah tertinggi 10 (setaraf Pengerusi)dan yang terendah 2 untuk ahli biasa.
Bahagian Khidmat Sumbangan cikgu tick lah mana berkaitan, berdasarkan pemerhatian cikgu dan kalau perlu tanya pelajar.
Bahagian seterusnya adalah ekstra kokurikulum. 
Berdasarkan pemerhatian tahun lepas, bahagian ini lah yang paling dipandang sepi oleh pelajar dan guru. Bahagian ni paling banyak  tak isi, berpeluh-peluh ketiak hakak nak cover tau.
Pelajar tak isi langsung mungkin tak faham. Jadi cikgu isilah berdasarkan maklumat di bawah. 
Bahagian inilah sebenarnya menyumbang banyak markah kalau pelajar/guru peka dengan item-item yang perlu diisi. Minta tolong cikgu study bahagian ni supaya markah boleh dicatat dengan teliti. Kalau rasa nak pelajar isi secara individu, perbanyakkanlah dan edar pada pelajar. Kalau cikgu rasa boleh isi sendiri tak perlu lah minta pelajar isi, paperless kan. Bukan semua pelajar nak isi, sudahnya balik ke tangan kita kosong sahaja.
Selepas simpan, paparan ini akan keluar.
Nampak nama Sofea dah hijau tapi tanda hijau bukan bermakna proses key in dah selesai.  Untuk check kerja kita dah beres atau belum, sila klik LAPORAN kemudian SENARAI MARKAH.
Klik bahagian ini dahulu baru kita nampak ada yang tidak lengkap.
Paparan menunjukkan ada lompang yang belum diisi. Kerja cikgu selesai apabila tiada lagi lompang di bahagian ini. 
Sekian, apa-apa hal nanti hakak update di sini. 



Terima kasih atas kerjasama.  

وَ فِيْك بَارَكَ اللَّه






No comments:

Post a Comment