Thursday, September 11, 2014

APABILA MANUSIA TIDAK LAGI AMANAH...


"Lembaga Peperiksaan hari ini membatalkan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 kerana didapati turut bocor.
  
Dalam kenyataannya, badan peperiksaan itu mengumumkan 30 September sebagai tarikh baharu untuk kertas peperiksaan berkenaan, bersekali dengan pengambilan semula kertas Science 018, 028 dan 038 yang ditangguhkan sebelum ini kerana kebocoran kandungan soalan yang dikesan.
  
"Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah menerima laporan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi  UPSR 2014 telah didapati bocor.
  
"Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini benar," kata kenyataan itu.
  
Semalam, ia mengumumkan kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 ditangguhkan ke 30 September ini kerana kandungan soalannya didapati tersebar melalui media sosial"


Memalukan.... begitulah apabila manusia tidak lagi bersifat amanah... tunggu sahajalah saat kehancurannya. 

Monday, May 12, 2014

Pengalaman baru

Ketika aku masih blank blink menerima jawatan baru, aku diarahkan berkursus lima hari di IAB Nilai menggantikan Tuan Pengetua. Berubah juga air muka aku... tapi apa kan daya,aku kan menurut perintah.
5 hari berkursus cukup untuk membuat badanku sakit-sakit. (Tu bukan gambar aku).
Aku ambil yang positif sahaja... banyak yang aku belajar dan semuanya jadi pengalaman berharga dalam hidup aku.
Kenangan 5-9 Mei 2014

Friday, February 7, 2014

2014

2014:  Hidup adalah lembaran baru. Penggantian tahun adalah penggantian bab kehidupan.Marilah menulis judul kehidupan tahun ini dengan penuh keimanan.
JIWA akan sepi tanpa TEMAN
HATI akan mati tanpa IMAN
HARI ini adalah KENYATAAN
SEMALAM adalah KENANGAN
ESOK adalah IMPIAN

Esok bagaikan misteri
Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti
Indahnya tahun baru 2014 ini
Moga menyinari hidup kita untuk selalu hanya beribadah kepada Allah SWT
 25 Januari - aktiviti gotong royong. Kami diamanahkan menguruskan Bilik Gerakan yang masih 'sifar'. Semuga kami mampu 'mengubah'nya. 
Terima kasih atas segala bantuan, Allah swt sahaja yang akan membalasnya.
 27 Jan - minggu aku bertugas.
suasana perhimpunan mingguan
30 Januari - Kejohanan Merentas Desa
ada cabutan bertuah untuk mereka yang bertuah
5 Februari - sambutan Maulidur Rasul
semangatnya 'akak'....
acara wajib... yang lain semua 'sunat'... kan kan kan

Sekadar renungan : GURU - tanggungjawabnya berat jika diambil berat, mudah jika diambil mudah dan mulia jika dilaksanakan sepenuh jiwa.