Wednesday, October 30, 2013

OCTOBER ...FULLY RESERVED!

2- 09 Okt - selamat menduduki peperiksaan PMR anak-anak didikku sekelian, khas buat 3C dan 3E serta anak angkat kesayanganku Atiqah Ramli 3RKA, tak lupa my lovely lil princess Akmal Khalidah, semuga Allah memberkati kalian, Amin Ya Rabb.

8 Okt - Mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Percubaan SPM 2013. 
Lega...bila satu persatu tugasku selesai. Terima kasih guru-guru subjek Ting.5 yang dapat menyelesaikan markah dengan kadar yang agak cepat jugalah, walau pun ada satu dua yang macam T....T tapi adat manusialah... bahagian masing-masing!
10 Okt - ikut suka suki aku adakan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Pep. Percubaan SPM sebab nanti ada orang tanya 'PMR dah buat, SPM tak buat ke'... euw buat sakit lutut telinga aje. Entah kenapa aku macam tak suka aja bila dengar frasa tu, apa motif yek.
16 Okt - Majlis Anugerah Hari Kualiti
Walau pun ramai yang komen2/ngomel2 masa suntuk, tapi korang berjaya juga kan, majlis berjalan lancar tanpa sebarang kecacatan. Tahniah kepada yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
17 Okt - Mesyuarat Pentaksiran PBS, dikendalikan oleh SU PBS yang sangat sabar dan komited. Kalau aku dah lama surrender, jadi SU PBS amat mencabar, apa yang mencabarnya aku tak mahu share... bahagian masing-masing!

17 - 31 Okt - Peperiksaan Akhir Tahun bermula. Sukar untuk aku menyatakan situasi masa kini berbanding masa lalu. Bersabarlah wahai rakan-rakan seperjuanganku... bahagian masing-masing!

28 Okt - Jamuan Akhir Tahun jam 2.30 petang di dewan sekolah aje, tapi aku suka, kalau buat kat hotel pun belum pasti aku datang. Ramai guru tak ada, kalau ikut kehadiran pagi, 37 orang tak ada, tapi hidup perlu diteruskan... tak cacat apa-apa pun majlis tu. Kalau nak ambil kira komplen orang, buat macam mana pun ada aja yang tak sempurna, bahagian masing-masing. Mungkin aku khusyuk sangat makan sampai tak ada satu gambar pun aku ambik.Lagi pun aku tak mau tergolong dalam species sakit mental macam satu artikel kat Jepun tu yang kata orang upload gambar makanan tanda sakit mental... uiks jangan-jangan yang tulis artikel tu sakit mental kot.

30 Okt - Pertandingan membuat sandwich untuk pelajar Ting 3. 
-kreatif juga kau ye Senah! Gambar ni untuk dokumentasi, bukan tanda sakit mental..omnomnomnom...
-peserta bidan terjun sebab ada satu tempat kosong, save jugak bajet kau hari ni

30 Okt - LADAP terakhir jam 2.30 - 4.00 ptg, sepatutnya 26 Okt tapi ditangguh hari ini, syukur Alhamdulillah dipermudahkan urusan kerana aku ada hal yang maha penting pada 26 hb tu.

31Okt - Sambungan LADAP
         -FROG Fasa 1. 

Bulan Oktober ini juga guru-guru kalut dengan SPBS yang teramatlah slow motion, macam-macam yang aku dengar tapi aku memilih untuk no comment. Berdiam diri lebih baik. Muga Allah swt mempermudahkan segala urusan.

"sacrifice is greater than love
character is greater than beauty
humanity is greater than wealth
but
nothing is greater than a teacher"